Thursday, 17 March 2011

Petua

Dalam bercakap tentang hantu ini, kita sering terdengar mengenai petua - petua dari orang tua- tua samada untuk menjauhkan diri dari gangguan hantu atau pun bertujuan memanggil hantu tersebut dengan niat tertentu. Namun sebagai seorang Muslim kita haruslah berhati - hati dengan segala macam petua apalagi dengan segala macam tangkal, sebabnya dikhuatiri boleh memesongkan akidah kita.

Kadangkala petua yang diberikan tidak logik langsung malah ada yang seperti mengarut. Tetapi tetap juga menjadi amalan bagi sesetengah pihak. hinggakan ada yang sanggup melakukan amalan khurafat yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.



Namun begitu terdapat juga beberapa petua - petua yang diberikan betul - betul boleh digunakan sebagai perlindungan dari gangguan makhluk halus terutama amalan - amalan yang sering dilakukan oleh para sufi berdasarkan Al-Quran dan hadis.

Dalam masa - masa akan datang kita akan membincangkan mengenai topik ini lagi. saya juga akan memberikan beberapa petua yang sering saya dengar dari orang tua -tua terpulanglah pada anda semua samada untuk mempercayainya atau tidak.

No comments: