Sunday 10 April 2011

Pengalaman di Bukit Melingsung

Assalamualaikum... Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kat BPC kerana sudi memberi saya peluang untuk berkongsi pengalaman di blog ini. Tujuan saya bukanlah untuk menakut-nakutkan korang, tetapi sekadar untuk berkongsi pengalaman sahaja. Cerita ini bermula bila saya dan beberapa orang rakan hendak pergi ke stadium Likas . Nak tengok bola laaa. kami menggunkan 2 buah kereta sebuah jenis space cab sebuah lagi jenis wira. Saya dan 4 org lagi menumpang kat wira manakala 4 org lagi menaiki space cab dan berada di hadapan kami. Kami singgah sekejap di pekan papar manakala space cab meneruskan perjalanan. Kami dapat kejar kereta sebuah lagi tu di kaki bukit melingsung. Kami berasa hairan kerana terdapat seorang wanita tua sedang mendukung baby berada di bahagian belakang space cab rakan saya. Kami tertanya-tanya kenapa ali (pemandu kereta space cab)tidak bagi masuk perempuan tua tersebut kedalam kereta sedangkan hujan gerimis sedang turun. Kami cuba memotong space cab dengan tujuan untuk memberi tahu si ali supaya membenarkan perempuan tua itu menumpang dalam kereta. Tetapi Ali tidak peduli. Lalu kami pun terus memotong dan menunggu mereka di Stesen minyak petronas. Apabila sampai di stesen minyak, ali pun berhenti. Kami terus bertanya kenapa dia tidak benarkan perempuan tua itu masuk kedalam keretanya. Alangkah terkejutnya kami semua bila semua yang berada di dalam kereta space cab itu mengatakan mereka tidak menumpangkan sesiapa sepanjang perjalanan. Memang benar di belakang kereta tersebut telah tiada orang tua tadi yang ada cuma batang pisang yang masih baru. Untuk pengetahuan kejadian ini berlaku ketika azan maghrib sedang berkumandang di radio. Siapa perempua tuan yang kami nampak tu..? itulah pengalaman saya Terima kasih... Lola Membakut, Sabah

Thursday 31 March 2011

Latihan membangkitkan tenaga dalam



Setiap manusia mempunyai tenaga dalam secara semula jadi. Namun begitu tidak semua mampu untuk menggunakannya. Apa sebenarnya tenaga dalam? Ada yang menyebutnya reiki, ada juga yang mengatakan inner power, ada juga yang menyebut aura, malah ada yang menamakan shin. Walau apapun namanya tenaga dalam ialah satu sumber kekuatan dalaman manusia yang sukar diterjemahkan melaui kata. Untuk lebih memberi kefahaman kepada anda, pernahkah anda mengalami situasi dikejar anjing. Pada ketika itu anda akan mampu berlari dan mampu melompat pagar lebih tinggi dari kemampuan normal anda hinggakan kadang kala anda sendiri tidak percaya dengan apa yang telah anda lakukan. Inilah yang boleh saya gambarkan mengenai tenaga dalam yang dijana oleh minda bawah sedar anda. Persolannya ialah kemampuan kita menggunakan tenaga ini dalam kedaan normal.

Kajian saintis pada diri manusia ada menyatakan bahawa di dalam tubuh badan manusia itu mengandungi 500 juta voltan. Tenaga ini mampu memberi tenaga elektrik untuk satu banda besar. Cuma sayang kita tidak dapat menggunakan sumber tenaga ini dalam keadaan biasa. Namun begitu dengan latihan sebenarnya kita mampu mengawal tenaga dalam kita.

Kenapa kita perlu menguasai tenaga dalam?

Banyak manfaat yang kita perolehi jika dapat mengusai tenaga dalam terutama mereka yang berminat dalam dunia paranormal. Namun begitu tenaga dalam juga boleh digunakan dalam kehidupan harian seperti digunakan sebagai pendiding diri, menaikkan kewibaan diri, pengasih, pertarungan dan sebagainya. Jika anda gunakan untuk tujuan baik maka baiklah jadinya tetapi jika anda menggunakan untuk tujuan jahat maka jahatlah jadinya.

Tenaga dalam juga sering dikaitkan dengan tenik pernafasan. Malah teknik ini sering digunakan oleh mereka yang belajar seni mempertahankan diri. Ia bukan sahaja digunakan di nusantara malah teknik pernafasan ini turuk digunkan oleh para pahlawan Jepun, China malah ada juga dari Eropah yang menggunakan teknik pernafasan untuk meningkatkan potensi diri. Banyak kaedah latihan yang boleh dilakukan dalam melatih pernafasan kita dan ini akan kita bincangkan pada masa akan datang. Pada kali ini saya akan tumpukan pada latihan membangkitkan tenaga dalam sahaja.

Secara umumnya semua ilmu ghaib akan berfungsi dengan baik jika kita sudah dapat mengendalikan tenaga dalam kita. Terdapat beberapa cara untuk membangkitkan tenaga dalam kita bergantung kepada perguruan yang kita sertai malahan ada yang memerlukan masa yang lama disamping latihan yang berterusan untuk mengeluarkan tenaga dalam. Namun begitu anda boleh cuba latihan dibawah ini. Saya nasihatkan anda untuk lebih bayak bertanya kepada mereka yang pakar bagi memastikan anda benar-benar dapat membangkitkan tenaga dalam anda dengan baik.

Caranya :
1. Pertama sekali, duduk bersila, Baca surah pendinding bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Digalakkan membaca ayatul Qursy dan juga surah 3 Qul (Al-Ikhlas, An-Aas dan Al-Falaq)  Kemudian niatkan dalam hati “Ya Allah bangkitkan tenaga dalam ku”. Tumpukan fikiran anda kepada satu titik sahaja. Bayangkan seluruh energi dalam badan anda mengalir ke pusat anda. Bayangkan satu cahaya putih sedang berkumpul dipusat anda. Itulah energi anda. Anda boleh rasakan aliran energi anda ketika berkumpul di pusat anda.

2.Angkat kedua tangan anda sejajar di depan dada. Rapatkan kedua tapak tangan anda seperti ketika mengangkat sembah di istana. Tarik nafas dalam-dalam sambil anda cuba salurkan cahaya putih atau energi anda tadi secara perlahan-lahan kearah tangan kanan anda kemudian masuk ketangan kiri anda melalui tapak tangan anda dan kembali kepusat. Cuba kawal kelajuan aliran energi anda.

3. Jika anda sudah mampu mengawalnya cuba terbalik arah energi anda dari kiri kekanan. Jika anda juga dapat mengawalnya cuba alirkan secara serentak. Setelah itu cuba alirkan keseluruh badan anda. Anda akan dapat merasa perubahannya jika anda sudah sampai ketahap ini. Anda akan rasa badan anda akan lebih ringan, kekuatan anda bertambah dan kesihatan anda semakin baik.

4. Jika anda masih tidak dapat merasakan jangan putus asa cuba lagi. Tidak semestinya percubaan pertama anda akan berjaya. Setelah semuanya selesai dan anda ingin mengakhiri latihan anda. Letakkan tapak tangan anda ke lantai kemudian salurkan energi yang berlebihan ke bawah.

Latihan ini hendaklah dilakukan berterusan. Namun begitu saya nasihatkan anda untuk menyertai mana perguruan agar anda lebih mudah membangkitkan tenaga dalam anda dengan adanya bimbingan dari seorang Guru dan sebaik-baiknya pilihlah perguruan yang berteraskan Islam.



By Mr Pranormal

Sunday 27 March 2011

Bahaya Tangkal atau Wafaq

Assalamualikum W.T.W
Kali ini saya ingin kongsikan mengenai satu kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang amat bahaya. Iaitu percaya kepada kuasa tangkal. Kenapa saya katakan ini bahaya kerana dikuatiri akan memosongkan akidah seseorang muslim itu apabila ia terlalu taksub akan kuasa tangkal yang dia miliki.

Apa itu tangkal? Tangkal sebenarnya ialah sesuatu yang mungkin dalam bentuk rajah, tulisan, besi, batu adat macam-macam lagi yang dipercayai mempunyai kuasa ghaib. Tidak dinafikan mungkin sesetengah benda mempunyai khadam yang berfungsi untuk menjaga benda tersebut dan juga pemiliknya dengan izin Allah. Kita harus ingat bahawa semua benda di dunia ini samada yang hidup atau tidak adalah ciptaan Allah SWT dan tidak mempunyai apa kuasa tanpa izin Allah. Tempat sebaik-baiknya untuk memohon perlindungan hanya kepada Allah yang masa berkuasa.

Tangkal ini biasanya disimpan didalam botol atau disalut dengan kain dan digunakan sebagai tangkal. Ia diletakkan di penjuru-penjuru rumah atas dasar kepercayaan ia dapat mencegah diri dari gangguan manusia dan juga gangguan jin & syaitan. Adakala diletak di atas pintu-pintu rumah, kedai, klinik, dalam kereta dan sebagainya. Wafaq-wafaq seperti ini selalunya ditulis atas kertas, kayu atau tembaga.

Contoh Tangkal atau wafaq.


  • Mantera seperti Mentera Gajamada ini yang tidak difahami bahasanya, diulang-ulang dengan harapan mendapat perlindungan kuasa ghaib. Ini jelas perkara yang syirik kepada Allah SWT.




  • Huruf yang kelihatan macam kaligraphy ayat-ayat Al-Quran atau nama-nama Allah, tetapi isinya ternyata bukan.
  • Lain-lain contoh
 

Ada banyak lagi contoh-contoh tangkal dan juga wafak yang terang menyalahi akidah dan boleh membawa kepada syirik. Jadi hati-hatilah dalam hal ini.