Thursday, 24 March 2011

Cara mengahdapi ganguan jin Islam



Assalamualaikum…
Lama juga saya tidak menulis dalam blog…maklumlah kos sara hidup makin tinggi jad usaha pun kenalah tinggi. Lebih-lebih lagi aktiviti BPC agak kurang sejak kebelakangan ini. Masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri. InsyaAllah dalam tempoh terdekat BPC akan kembali beraksi.

Teringat pula saya cerita seorang rakan yang adik perempuanya dirasuk jin. Dia minta pertolongan saya tetapi saya ni bukanlah arih sangat dalam hal-hal kerasukan. Setakat memberi nasihat bolehlah..saya anjurkan dia untuk berhubung dengan seorang ustaz. Allhamdulillah sekarang adiknya telah pulih seperti sedia kala.

Bercakap tentan jin ni kita perlu tahu kategori jin tetapi secara kasarnya terbahagi kepada dua golongan iaitu Jin Islam dengan jin kafir. Jin kafir amat terkenal dengan kejahatannya. Untuk kali ini kita akan bahaskan cara menghadapi jin dari golongan jin Islam. Semua ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan juga panduan-panduan yang saya dapat dari pelbagai sumber.

Terdapat dua cara yang boleh kita lakukan bila berhadapan dengan jin Islam iaitu menganjurkan ia supaya keluar dari badan seseorang atau memperingatkannya tentang hukuman Allah. Lakukanlah sesuai dengan sebab dan maksud jin tersebut masuk kedalam tubuh seseorang. Jika jin tersebut masuk kerana kezaliman manusia kepadanya maka beritahukan ia bahawa orang ini tidak mengetahuinya dan tidak sengaja menyakitinya sehingga ia tidak patut dihukum. Beritahu jin tersebut hanya Allah sahaja yang berhak menghukum pada seseorang.

Jika jin tersenut masuk kedalam badan seseorang kerana mabuk cinta kepada manusia, jelaskan kepada jin tersebut bahawa perbuatannya itu hukumnya haram. Jelaskan juga kepadan jin tersebut tentang nalasan Allah kepada orang yang berbuat demikian pada hari kiamat kelak. Kemudian beritahu jin tersebut tentang ancaman seksa Allah dan balasan yang akan Allah berikan kepada sesiapa yang melanggar hukum Allah.


Bila penyebab maksuknya itu kerana kezaliman terhadap manusia maka beritahukanlah kepadanya akan hukuman yang berat yang akan ditimpakan oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang zalim.
Jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu mahu menjawab dan mahu keluar, maka ucapkanlah Al-hamdulillah, tetapi sebelum ia keluar dia harus berjanji kepada Allah, janji tersebut haruslah anda yang mengucapkan dan melalui lidah orang yang kerasukan jin itu, jin tersebut mengikutinya, ucapan janji itu ialah :

"Saya berjanji kepada Allah SWT bahawa saya akan keluar dari tubuh orang ini dan tidak akan datang lagi kepadanya, juga saya tidak akan masuk ke dalam tubuh kepada salah seorang dari kaum Muslimin. Jika saya mengingkari janji saya, maka saya akan dilaknat oleh Allah SWT, para malaikat dan seluruh manusia."

Setelah itu haruslah anda pastikan bahawa jin itu benar-benar keluar, kerana banyak diantara jin yang berbohong, kecuali bagi jin yang benar-benar berlindung kepada Allah. Bacakanlah penangkal sekali lagi. Jika orang yang kerasukan jin itu masih terpengaruh mendengar bacaan Al-Quran serta jarinya masih juga gementar, maka yang demikian itu sebagai tanda bahawa jin itu masih berada dalam tubuhnya. Jika tidak ada pengaruhnya, jin tersebut telah keluar dari badan orang yang dimasuki jin tadi atau pn lebih dikenali kerasukan.

Banyak ayat-ayat Al-Quran yang boleh kita jadikan penangkal kepada gangguan jin dan ini akan kita bincangkan pada posting yang akan datang. Namun begitu pesan saya dapatkanlah bantuan dari orang-orang yang lebih arif jika berhadapan dengan masalah seperti ini bagi mengelakkan sebarang resiko yang mungkin akan timbul dan yang penting kita hendaklah memohon bantuan dari Allah SWT. Jangan sesekali meminta bantuan dari bomoh yang mengamalkan ilmu hitam. Kesannya amat berbahaya kepada diri kita dan juga keluarga kita.

Wallahualam...

2 comments:

Anonymous said...

Ada yang kata resiko org yang mengubat juga tinggi...betul ka?

Malaysian Paranormal said...

Resiko dari segi apa tu?
kalau resiko menerima gangguan makhluk halus memang ada...sebab itu disarankan untuk membentengi diri dahulu sebelum merawat org lain. Kadangkala resiko ini juga boleh memudaratkan keluarga perawat... sebab itu kena betul2 bersedia sblm mengambil kptsn untuk merawat org lain.. Dapatkan org2 yang betul pkar adalah lebih baik