Saturday 26 March 2011

Rumah Lama Lumatai

Repost


Tidak berpuas hati dengan hasil yang pertama, BPT Crew sekali lagi bergerak ke Kg Lumatai kalai ini pada malam jumaat dan juga berbekalkan kamera digital yang baru dibeli. Pada awalnya BPT Crew bercadang mahu kekawasan Lumadan bagi menyaksikan sendiri kehadiran sejenis makhluk yang dikenali sebagai balan – balan atau pun lebih dikenali sebagai penanggal namun begitu terpaksa di batalkan atas faktor logistik dan juga persediaan BPT Crew tdak cukup. Namun begitu BPT Crew menetapkan penghujung bulan April ini sebagai tarikh baru untuk menyaksikan makhluk tersebut.
Kali ini agak ramai juga yang berminat untuk sama – sama merasai pengalaman yang semestinya tidak dapat diperolehi di tempat lain. Kumpulan kali ini juga di sertai oleh 2 org yang bukan ahli BPT Crew yang berminta untuk sama – sama merasai pengalaman berdepan dengan makhluk halus. Tepat jam 12 tgh mlm kami bertolak kekawasan rumah lama dan juga kuburan lama di kg lumatai..
Sampai sahaja kami kekawasan tersebut bulu roma mula meremang mendengarkan salakan anjing yang mendayu sayup – sayup kedengaran. Aktiviti bergambar rancak berjalan namun begitu apa yang menghairankan ialah kamera digital yang baru dibeli kadangkala gagal berfungsi. Namun begitu setelah beberapa ketika kamera tersebut kembali berfungsi seperti sedia kala. Beberapa imej dirakamkan dengan harapan akan terdapat bukti keujudan hantu di kawasan tersebut. Setelah lebihkurang sejam kami berada dikawasan rumah lama tersebut kami pun mula bertolak kekawasan kuburan lama. Namun begitu sebelum kami jauh menunggalkan kawasan rumah lama salah seorang ahli BPT Crew terlihat satu lembaga hitam yang besar dan tinggi sedang memerhatikan kami. Kelibat lembaga itu turut disedari oleh ahli – ahli yang lain. Lensa kamera pantas diarahkan kepada lembaga tersebut tetapi malang imej lembaga tersebut gagal dirakam oleh kamera kami. Setelah kejadian tersebut beberapa ahli BPT Crew yang berpengalaman telah mengeluarkan amaran agar lebih berhati – hati dan jangan ada sesiapa yang melarikan diri kerana dikuatiri berlaku sesuatu yang lebih buruk.
Perhatikan perbezaan gambar diatas..gambar ini diambil di tempat yg sama

Perjalanan diteruskan kekawasan kuburan lama namun begitu tiada sebarang kejadian aneh yang berlaku di kawasan tersebut. BPT Crew juga tidak dapat merakam gambar yang lebih jelas memandangkan kemera digital yang dibawa telah kehabisan kuasa bateri dan gambar hanya dapat dirakam menggunkan kamera dari telefon bimbut sahaja. Setelah sejam di kawasan kuburan lama tersebut kami mula bergerak pulang. Perjalanan pulang kali ini juga diselubungi misteri bau wangi dari daun pandan yang tidak diketahui asalnya. Mungkin terdapat pokok pandan yang kami tidak ketahui atau pun sebaliknya. Wallahualam..
Perjalan kali ini tidak mengecewakan kerana ada beberapa objek misteri Berjaya dirakamkan. Walaupun ada timbul percanggahan pendapat mengenai objek tersebut tetapi ia merupakan satu hasil yang menggembirakan lebih – lebih lagi pengalaman berdepan dengan makhluk hitam dan besar tersebut.
Perhatikan objek dalam bulatan

No comments: