Sunday 27 March 2011

Bahaya Tangkal atau Wafaq

Assalamualikum W.T.W
Kali ini saya ingin kongsikan mengenai satu kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang amat bahaya. Iaitu percaya kepada kuasa tangkal. Kenapa saya katakan ini bahaya kerana dikuatiri akan memosongkan akidah seseorang muslim itu apabila ia terlalu taksub akan kuasa tangkal yang dia miliki.

Apa itu tangkal? Tangkal sebenarnya ialah sesuatu yang mungkin dalam bentuk rajah, tulisan, besi, batu adat macam-macam lagi yang dipercayai mempunyai kuasa ghaib. Tidak dinafikan mungkin sesetengah benda mempunyai khadam yang berfungsi untuk menjaga benda tersebut dan juga pemiliknya dengan izin Allah. Kita harus ingat bahawa semua benda di dunia ini samada yang hidup atau tidak adalah ciptaan Allah SWT dan tidak mempunyai apa kuasa tanpa izin Allah. Tempat sebaik-baiknya untuk memohon perlindungan hanya kepada Allah yang masa berkuasa.

Tangkal ini biasanya disimpan didalam botol atau disalut dengan kain dan digunakan sebagai tangkal. Ia diletakkan di penjuru-penjuru rumah atas dasar kepercayaan ia dapat mencegah diri dari gangguan manusia dan juga gangguan jin & syaitan. Adakala diletak di atas pintu-pintu rumah, kedai, klinik, dalam kereta dan sebagainya. Wafaq-wafaq seperti ini selalunya ditulis atas kertas, kayu atau tembaga.

Contoh Tangkal atau wafaq.


  • Mantera seperti Mentera Gajamada ini yang tidak difahami bahasanya, diulang-ulang dengan harapan mendapat perlindungan kuasa ghaib. Ini jelas perkara yang syirik kepada Allah SWT.




  • Huruf yang kelihatan macam kaligraphy ayat-ayat Al-Quran atau nama-nama Allah, tetapi isinya ternyata bukan.
  • Lain-lain contoh
 

Ada banyak lagi contoh-contoh tangkal dan juga wafak yang terang menyalahi akidah dan boleh membawa kepada syirik. Jadi hati-hatilah dalam hal ini.

1 comment:

Anonymous said...

bahaya juga aaaa...boleh terpesong akidah kita ooooo